Kerana
Cinta Ilahi
Oleh:arelal
Salleh
Novel ini mengisahkan tentang jihad seorang ayah yang sanggup
berkorkan segalanya demi mempertahankan agamanya.Dia menderita disebabkan
penyakit kronik yang dihidapinya.Dia merupakan seorang ayah yang tidak pernah
melupakan amanah yang diberikan oleh Allah iaitu isteri dan anak-anaknya.Dia
tidak pernah berputus asa dalam meneruskan kehidupan yang begitu memeritkan
kerana dia yakin tiada duka yang abadi di dunia.Sebagai insan,dia diuji dengan
rantai-rantai kesepian dan cabaran keimanan.Kisah ini semestinya akan menyayat
hati si pembaca.Selamat membaca.
Arelal.blogspot.com
Bab1:
Sejadah biru sudah terlipat,suara
bacaan Al-Quran juga tidak kedengaran.Selalunya subuh begini dia masih bersila
menghadap kiblat dengan suaranya yang mendayu-dayu membaca ayat suci Al-Quran.Rupa-rupanya
dia ke kebun cilinya di kampung Gelang.
Dia sentiasa mencari jalan untuk
mendapatkan rezeki untuk menyara isteri tercinta dan anak-anaknya yang masih
bersekolah.Dia ke kebun cili dengan menunggang motorsikal capuk yang diberikan
adiknya Atan.
Isterinya bernama Kiah atau lebih
dikenali sebagai Cik Iyah yang setia bersamanya sehingga kini.Mereka tinggal di
gugusan Felda yang terletak di kawasan Keratong berhampiran Bahau.Pak shuib
amat bahagia bersama keluarganya dan mereka tidak sanggup untuk berpisah.
Dia berharap dapat berjumpa dengan
anak sulungnya yang sudah sebelas tahun menetap di Indonesia.Dia sentiasa
berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang anaknya Adlan.Adlan mengirim surat
untuk menyatakan dia mengalami masalah kewangan di negeri seberang.Apabila Pak
Shuib terdengar berita tersebut,dia terus bergegas ke rumah jiran sebelah iaitu
Pak Anas dengan berhasrat untuk meminjam wang sejumlah dua ribu ringgit Malaysia.Pak
Anas merupakan jiran dan sahabat Pak
Shuib yang sangat baik.Pak Anas menyarankan Pak Shuib supaya membayar hutangnya
secara beransur-ansur.Pak Shuib bersetuju.
Pak Shiub mengucapkan terima kasih
kepada jirannya dan dengan segera dia pulang ke rumahnya.Dia pergi ke pejabat
pos dengan menunggang Honda capuknya .Pak Shuib pernah berkata kepada anak
bongsunya bahawa dia terlalu ingin berjumpa Adlan sebelum akhir hayatnya.
Sebenarnya Pak Shuib menderita
kerana menghidapi penyakit jantung yang tidak pernah sembuh.Pak Shuib juga
menghidapi diabetes dan tekanan darah tinggi.Pak Shuib tidak pernah berputus
asa berulang-alik setiap bulan ke hospital Besar Segamat yang agak jauh dari
kawasannya untuk mendapatkan rawatan dan mendapatkan ubat-ubatnya seperti
Metformin,Amlidipine,Warfarin Sodium,Frusemide dan sebagainya.
Pada masa itu Cik Iyah bekerja di
kedai makan yang dimiliki adik kepada Pak Shuib.Cik Iyah mula bekerja seawal pagi
sehingga malam melabuhkan tirainya.Setiap kali pulang ke rumah,Cik Iyah pasti
keletihan. Cik Iyah selalu mengadu badannya sakit-sakit.Apabila membuat
pemeriksaan dia disahkan menghidapi tekanan darah tinggi dan
diabetes.Semangatnya untuk membantu Pak Shuib tidak pernah luntur.
Pak Shuib merupakan seorang yang
murah dengan senyuman.Walau dimanapun dia berada,dia sering melemparkan senyumannya.Namun ada saja orang
yang membencinya walaupun dia tidak pernah menyakitkan hati mereka.Dia tidak
pernah menzahirkan rasa sedihnya kepada orang lain.
Pak Shuib difitnah oleh seorang
penduduk kampung yang iri hati kepadanya.Dia difitnah menggunakan wang simpanan
anak-anak yatim.Walaupun begitu,pak Shuib tetap bersabar dengan tuduhan
sebegitu.Dia hanya berdiam diri kerana dihatinya hanya Allah yang lebih
mengetahui.
Bab2:
Disebabkan kurang berkemampuan,dia tidak
mampu untuk membayar bil penggunaan air yang diterima setiap bulan.Dia terpaksa
meminjam bekalan air daripada jiran bersebelahan iaitu Pak Anas.Isteri Pak Anas
menuduh keluarga Pak Shuib menggunakan bekalan air terlalu banyak.Anak
perempuan Pak Shuib yang keenam dikenali sebagai Afira terdengar kata-kata yang
dilafazkan oleh Isteri Pak Anas.Titisan airmata jatuh kepipi Afira.Dengan
segera Afira pulang kerumahnya.Perasaan Cik Iyah bercampur-baur dengan
malu,sedih dan marah apabila Afira menjelaskan kepadanya tentang apa yang
dikatakan isteri Pak Anas.Cik Iyah meminta Pak Shuib supaya keluarganya tidak
menggunakan bekalan air di rumah Pak Anas lagi.
Dengan airmata yang megalir,Pak
Shuib meminta izin kepada jiran sebelah kanan rumahnya iaitu Pak Sani untuk
berkongsi membayar bil air.Setelah meminta kebenaran,Pak Shuib menyambung
saluran paip di rumahnya ke rumah Pak Sani.
Setelah beberapa bulan berkongsi
bekalan air,Timah yang merupakan anak perempuan kepada Pak Sani memberitahu
kepada Afira bahawa Ibunya sudah tidak suka untuk berkongsi bekalan air
dirumahnya.Sekali lagi Afira menangis dan terus pulang ke rumah.Cik Iyah juga
sedih dan kecewa sekali lagi.
Memandangkan dihadapan rumah Pak
Shuib mempunyai perigi yang sedalam tujuh kaki,mereka bercadang untuk hanya
menggunakan air perigi.Setiap hari Pak Shuib akan menimba air untuk digunakan
isteri dan anak-anak.Semasa menimba air,setitis airmata jatuh ke dalam perigi
dan menghasilkan bunyi titisan.
Maisara anak Pak Shuib yang kelapan
yang kini akan mengambil peperiksaan SPM dan begitu manja dengan ayahnya.Hampir setiap hari
Pak Shuib menghantar Maisara ke sekolah sedangkan anaknya yang lain sebelum
Maisara semuanya hanya berjalan kaki.
Pak Shuib sentiasa melayan kerenah
anak-anaknya yang berjiwa muda walaupun bertentangan dengan jiwa tuanya.